Isnin, 7 Mac 2011

Keceriaan Dan Keindahan



Jika kita bersatu untuk kebaikan maka akan terserlahlah kebaikan dan keelokan itu.
Pada saya keindahan dan keceriaan kampung ini amat penting dan memerlukan perhatian semua pihak.
Keceriaan ini tidak akan datang dengan sendirinya malahan perlu kepada kerja keras semua pihak.
Semua warga kg. Tok Dor diharapkan dapat terus menyumbang untuk menindahkan kampung kita ini.
Kita telah pun melakar kejayaan diperingkat Daerah dan mewakili daerah Hulu Terengganu untuk bertanding di peringkat negeri pula.
Semoga kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan daerah ini kita balas dengan kerja kuat bagi memastikan kampung kita berjaya diperingkat negeri.
Kerjasama dan perhatian yang penuh semua anggota kampung akan terus menambahkan lagi keberkatan dari Allah.
Pengerusi JKKK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan