Selasa, 27 September 2011

Latar Belakang

Sejarah Kampung
  • Nama diterbitkan dari nama orang.
  • Seorang perantau bernama Dor.
  • Usia lanjut di gelar Tok.
  • Gabungan kepada Tok Dor.
  • Tahun dibuka bermula 1930an.
Lokasi
  • 13 km dari Pekan Ajil.
  • 20 km dari Bandar Kuala Terengganu.
  • Laluan Lebuhraya Jerangau Jabor.
  • Kampung tradisi terdiri daripada beberapa kampung
    • Kampung Peroh
    • Kampung Gaung Hangus
    • Kampung Tasek Nesan
  • Mukim Penghulu Diman.
  • Daerah Hulu Terengganu.
  • DUN Ajil.
  • YB. Dato' Hj. Rosol bin Wahid.
  • Parlimen Hulu Terengganu.
  • YB Hj. Mohd Nor bin Othman.








Rabu, 9 Mac 2011

SELAMAT DATANG

Lawatan Bermaklumat dari AJK JKKK kampung Banggol Pak Ali, Bukit Payung, Marang ke Kg. Tok Dor. Rombongan seramai 70 orang telah tiba tepat jam 10.00 pagi dan disambut oleh pengerusi JKKK Kg. Tok Dor serta AJK. Majlis taklimat telah diadakan di Bilik Gerakan GDW Kg. Peroh oleh pengerusi JKKK kg. Tok Dor sendiri. Rombongan ini hadir untuk melihat sendiri kecerian dan keindahan kampung ini. Mereka juga mencari formula untuk dibawa balik ke kampng Banggol Pak Ali dalam merialisasikan impian penduduk kampung Banggol Pak Ali. Kerjasama kedua-dua JKKK ini akan dapat memberikana pandangan dan berkongsi pengalaman dalam menguruskan kampung masing-masing. Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan ini.

TAHNIAH PEMENANG RUMAH TERCANTIK



Pertandingan keceriaan rumah telah pun dipenghujungnya.
Pemenangnya juga telah diketahui iaitu Pn. Hindun bt. Ibrahim.
2 tahun berturut-turut telah dinobatkan sebagai rumah tercantik kg. Tok Dor dan Peroh.
Beliau tidak layak lagi untuk bertanding bagi tempoh 2 tahun akan datang.
Hadiah telah disempurnakan oleh Penghulu Kanan. Tahniah diucapkan.
Beliau telah menerima wang tunai dan piala pusingan.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pn. Hindun patut dicontohi oleh penduduk yang lain. Kebersihan dan kecerian rumahnya adalah hasil kerjasama semua penghuni di dalam rumah tersebut.

Isnin, 7 Mac 2011

Keceriaan Dan Keindahan



Jika kita bersatu untuk kebaikan maka akan terserlahlah kebaikan dan keelokan itu.
Pada saya keindahan dan keceriaan kampung ini amat penting dan memerlukan perhatian semua pihak.
Keceriaan ini tidak akan datang dengan sendirinya malahan perlu kepada kerja keras semua pihak.
Semua warga kg. Tok Dor diharapkan dapat terus menyumbang untuk menindahkan kampung kita ini.
Kita telah pun melakar kejayaan diperingkat Daerah dan mewakili daerah Hulu Terengganu untuk bertanding di peringkat negeri pula.
Semoga kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan daerah ini kita balas dengan kerja kuat bagi memastikan kampung kita berjaya diperingkat negeri.
Kerjasama dan perhatian yang penuh semua anggota kampung akan terus menambahkan lagi keberkatan dari Allah.
Pengerusi JKKK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Khamis, 24 Februari 2011

Penghakiman


Penghakiman untuk pertandingan keceriaan dan keindahan kampung telah pun dilaksanakan pada 20.02.2011 jam 3.00 petang. Seramai 10 orang hakim dari pelbagai agensi mengadili penghakiman tersebut. Penerangan telah dilakukan oleh pengerusi JKKK dan dibantu oleh saya sendiri.