Isnin, 20 September 2010

Mesyuarat KRT


Mesyuarat KRT untuk menyelaras rodaan malam telah berlangsung pada 19.09.2010. jam 09.30 malam di pondok kawalan. 10 kumpulan dapat dibentuk dalam mesyuarat tersebut yang terdiri dari 4 @ 5 anggota bagi setiap pasukan. Rondaan bermula pada 20.09.2010 dengan didahului oleh kumpulan 3 dan diikuti oleh kumpula-kumpulan yang lain sehingga kumpulan 10. Kawasan rondaan merangkumi Kg. Peroh, Tok Dor, Tasek Nesan dan Gaung Hangus. Kami amat mengalu-alukan keanggotaan dari kg. Tasek Nesan, Gaung Hangus dan Tok Dor. Kurang sambutan yang diberikan. Keanggotaan teramai adalah dari kg. Peroh yang membentuk hampir keseluruhan kumpulan rodaan. Sistem kawalan kampung ini telah pun berlangsung selama 3 tahun. Masih bertahan dan mampu untuk membuat kawalan pada keseluruhan kampung. Namun begitu kita masih menaruh harapan kepada keanggotaan baru. Marilah kita bersama untuk memastikan kampung kita ini terus berada dalam situasi selamat. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada ketua-ketua kumpulan baru. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun lalu..

RIA RAYA KRT KG. TOK DOR


Salam;

Pada 17 & 18 Sept.2010 yang baru lalu telah selamat di adakan program Ria Raya KRT Kg. Tok Dor dengan kerjasama JKKK kg. Tok Dor. Sambutan amat menggalakan dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Rosol bin Wahid ADUN kawasan Ajil. 12 acara sukaneka dipertandingkan termasuk bola sepak 7 sebelah. Jamuan makan tengahari juga disediakan. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat. Semoga kita dapat mengadakan lagi program seperti ini untuk dimasa mendatang. Penglibatan dari warga kg. Tok Dor pun diharap bertambah. Objektif sambutan ini antara lain untuk mengeratkan hubungan antara penduduk dan kepimpinan.

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kami seluruh AJK JKKK Kg. Tok Dor mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kemaafan jua dipinta daripada semua penduduk kampung dan masyarakat seluruhnya. Kepada mereka yang pulang berhari raya dari luar kampung ini diharapkan dapat berhati-hati ketika memandu dan mematuhi semua peraturan lalu lintas agar kita selamat sampai. Jadikan hari raya tahun ini sebagai titik tolak pembentukan persefahaman kita sekampung.
Pada hari yang mulia ini jangan kita sekali-kali lupa kepada mereka yang tidak berkemampuan. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan sekadar yang termampu untuk meringankan beban serta mengembirakan mereka di hari raya ini. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI