Ahad, 10 Oktober 2010

Tugas utama JKKK


JKKK telah ditubuhkan pada tahun 1962 yang bermatlamat untuk menjadi ejen pembangunan dan perhubungan masyarakat. JKKK merupakan penghubung antara masyarakat dengan kerajaan. JKKK juga berperanan untuk menjadikan masyarakat kampung hidup dalam sejahtera.

Jika dinilai dengan teliti menjadikan ianya lebih mencabar dan berperanan besar dalam pembangunan negara. Ia menjadi wadah perjuangan yang sangat mulia jika dilaksanakan dengan jujur dan saksama.

Walaubagaimana pun kerjasama dan sokongan dari masyarakat setempat juga akan menjadikan tugasan itu lebih mudah. Tanpa kerjasama dari semua akan menjadikan JKKK lesu dan tidak bermaya.

Ini memberikan gambaran bahawa pemilihan ini menjadi satu agenda yang penting. Mereka seharusnya dipercayai dan dihormati oleh masyarakat setempat.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Rondaan kawalan kampung Bermula

Salam...
Bersyukur kepada Allah kerana program Rondaan kawalan Kampung telah pun berjalan sebagaimana sepatutnya. Mudah-mudahan dengan adanya program ini akan dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan kita ini.
Walaubagaimana pun kami mengharapkan agar lebih ramai ahli khariah kampung ini memberikan kerjasama untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat di sini.
Ayuhlah kita bersama memastikan kampung kita ini terus maju dengan sokongan semua.

Isnin, 20 September 2010

Mesyuarat KRT


Mesyuarat KRT untuk menyelaras rodaan malam telah berlangsung pada 19.09.2010. jam 09.30 malam di pondok kawalan. 10 kumpulan dapat dibentuk dalam mesyuarat tersebut yang terdiri dari 4 @ 5 anggota bagi setiap pasukan. Rondaan bermula pada 20.09.2010 dengan didahului oleh kumpulan 3 dan diikuti oleh kumpula-kumpulan yang lain sehingga kumpulan 10. Kawasan rondaan merangkumi Kg. Peroh, Tok Dor, Tasek Nesan dan Gaung Hangus. Kami amat mengalu-alukan keanggotaan dari kg. Tasek Nesan, Gaung Hangus dan Tok Dor. Kurang sambutan yang diberikan. Keanggotaan teramai adalah dari kg. Peroh yang membentuk hampir keseluruhan kumpulan rodaan. Sistem kawalan kampung ini telah pun berlangsung selama 3 tahun. Masih bertahan dan mampu untuk membuat kawalan pada keseluruhan kampung. Namun begitu kita masih menaruh harapan kepada keanggotaan baru. Marilah kita bersama untuk memastikan kampung kita ini terus berada dalam situasi selamat. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada ketua-ketua kumpulan baru. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun lalu..

RIA RAYA KRT KG. TOK DOR


Salam;

Pada 17 & 18 Sept.2010 yang baru lalu telah selamat di adakan program Ria Raya KRT Kg. Tok Dor dengan kerjasama JKKK kg. Tok Dor. Sambutan amat menggalakan dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Rosol bin Wahid ADUN kawasan Ajil. 12 acara sukaneka dipertandingkan termasuk bola sepak 7 sebelah. Jamuan makan tengahari juga disediakan. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat. Semoga kita dapat mengadakan lagi program seperti ini untuk dimasa mendatang. Penglibatan dari warga kg. Tok Dor pun diharap bertambah. Objektif sambutan ini antara lain untuk mengeratkan hubungan antara penduduk dan kepimpinan.

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kami seluruh AJK JKKK Kg. Tok Dor mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kemaafan jua dipinta daripada semua penduduk kampung dan masyarakat seluruhnya. Kepada mereka yang pulang berhari raya dari luar kampung ini diharapkan dapat berhati-hati ketika memandu dan mematuhi semua peraturan lalu lintas agar kita selamat sampai. Jadikan hari raya tahun ini sebagai titik tolak pembentukan persefahaman kita sekampung.
Pada hari yang mulia ini jangan kita sekali-kali lupa kepada mereka yang tidak berkemampuan. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan sekadar yang termampu untuk meringankan beban serta mengembirakan mereka di hari raya ini. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selasa, 20 Julai 2010

LOKASI

Kampung Tok Dor termasuk di bawah penyeliaan Mukim Penghulu Diman dan pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Jarakan dari pekan terdekat iaitu Pekan Ajill sejauh 13 KM dan dari bandar Kuala Berang 18 KM. Manakala jarak dari pusat pentadbiran kerajaan negeri iaitu Bandaraya Kuala Terengganu sejauh 53 KM. Bandar Kuala Berang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Hulu Terengganu. Kedudukannya agak strategik kerana berada di jalan laluan ke Kuantan melalui lebuh raya Jerangau Jabor. Pengguna jalan raya dari Bandaraya Kuala Terengganu dan Kota Bharu boleh menggunakan laluan ini untuk ke Kuala Lumpur dan jarak perjalanannya adalah lebih dekat. Laluan ini juga berhubung terus dengan Lebuh Raya Pantai Timur.

Kampung Tok Dor terdiri dari kampung-kampung kecil seperti kampung Gaung Hangus, Peroh dan Tasek Nesan. Semua kampung ini ditadbir oleh JKKK Kampung Tok DOr dan Peroh. Kampung ini juga termasuk di dalam kawasan KETENGAH dan terdiri dari 10 orang jawatan kuasa Gerakan Desa Wawasan.

SEJARAH

Nama kampung Tok Dor terilham berdasarkan nama individu pertama yang hadir dan menetap di sini. Beliau merupakan peneroka pertama yang membuka tanah di kawasan ini. Namanya ialah Dor, namum begitu memandangkan usianya telah lanjut maka diberikan gelaran Tok. Bersempena dengan panggilan itu maka ujud nama kampung ini dengan panggilan kampung Tok Dor.